Akhlrnya. AliPuteh Ddah Sbab Dla Tak Bagi Knci RumahArwah Dkat Hdayah. Ini KatKatanya


Akhlrnya. AliPuteh Ddah Sbab Dla Tak Bagi Knci RumahArwah Dkat Hdayah. Ini KatKatanya

Kuala Lumpur – Pelawak, Ali Puteh akan menjelaskan bayaran RM 60,000 kepada b.alu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah yang ditetapkan ma.hkamah sebelum ini secara ansuran.

Ali ketika dihubungi berkata, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.

Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada b.alu arwah dengan duit saya sendiri.

Sebab Tak Beri Kunci Rumah

“Peguam saya juga sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada peguam b.alu arwah tetapi pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran itu,” katanya.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran video di Instagram Hidayah yang memintanya mempercepatkan bayaran RM 60,000 seperti diperintahkan m.ahkamah sebelum ini.

Pada 18 Februari tahun lalu, M.ahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM 60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata menga.ibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Sementara itu, ditanya mengenai kunci rumah Abam seperti diminta Hidayah, Ali berkata, dia tidak boleh menyerahkannya kepada Hidayah kerana rumah itu masih dalam k.es tuntutan faraid.

“Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arwah dan ia masih belum selesai,” katanya.

Dalam pada itu, Ali turut menafikan d.akwaan Hidayah mengatakan keadaan rumah itu terbiar.

Menurut Ali, rumah itu kini dijaga oleh adiknya yang tinggal sementara di situ sehingga k.es tuntutan faraid selesai.

“Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan memb.urukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arwah Abam menin.ggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?” katanya.

Ali berkata, dia juga tidak diberitahu mengenai kedatangan Hidayah ke rumah itu.

Dia datang ke rumah Abam dengan dua kereta bersama peguam secara mengejut dan tidak memaklumkan perkara itu kepada saya mahupun peguam.

Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mend.akwa kami tidak melayannya?.

Sedangkan rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu, katanya yang berharap penjelasan ini dapat membersihkan namanya dan keluarga.

Terdahulu, Hidayah dalam satu hantaran video di Instagram meminta Ali menyegerakan bayaran RM 60,000 itu.

Dalam video sama, Hidayah turut memaklumkan dia kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah itu seolah-olah tidak dilayan.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.