Baru je Hidayah datang rumah Arwh Abam, Ali Trkejut jumpa ini keliling rumah ‘Cukuplah abang saya kena dulu’


Baru je Hidayah datang rumah Arwh Abam, Ali Trkejut jumpa ini keliling rumah ‘Cukuplah abang saya kena dulu’

Balu kepada arwah Abam Bocey, Hidayah hari ini memohon pihak yang terlibat melunaskan bayaran saman RM60,000 seperti yang diperintahkan mahkamah. Hidayah bersama peguamnya turut berkunjung ke rumah arwah suami tetapi pintu rumah didakwa tak dibuka.

Terbaru, Ali Puteh pula membuat video balas mendakwa menjumpai taburan garam, kulit limau serta bangkai haiwan di keliling rumahnya. Jumpa benda sihlr?

Pelawak ini meluahkan rasa terperanjat dan bertanyakan motif kakak iparnya itu. Katanya lagi, yang tinggal di rumah itu adalah kakaknya bersama suami bukan dirinya.

Apa awak cuba buat dengan ilmu khurafat ni? Allah ya Tuhan. Sedih saya.

Dakwanya lagi, selama ini dia hanya mendiamkan diri kerana tak mahu membuka aib tetapi hari ini dia perlu mendedahkan semuanya kepada umum. Fuh, besar dakwaan Ali ni kan?

Trdahulu, Pejam celik pejam celik, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey. Isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali bertindak berkunjung ke rumah peninggalan arwah bersama peguamnya tapi pintu tak dibuka.

Video:

Menerusi hantaran di Instagram, Hidayah meluahkan rasa sebak melihat keadaan rumah yang penuh dengan semak samun. Katanya, di luar rumah kelihatan motosikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salamnya.

Ibu tunggal kepada seorang anak ini sedih apabila dirinya tak dibenarkan untuk masuk ke rumah sendiri. Hidayah sempat merakam bukti melihat kelibat kereta keluar masuk rumah menandakan ada orang di situ.

Hari ini 10/02/2023 genap 3 Tahun arwah tinggalkan kami.. Abang sayang datang rumah kita tapiiii.. Korang nilaikan sendiri.. Pihak di sana tolong buat bayaran RM60k. Peguam Dayah 2 kali hantar surat 21 hari tapii pihak sana hanya berdiam diri dan permainkan perintah mahkamah..

Hidayah memohon orang ramai menilai sendiri layanan yang diterimanya daripada pihak sana. Dia turut memohon pihak sana menjelaskan bayaran saman RM60,000 yang diperintahkan mahkamah dengan segera.

 

Sbelum ini, Pelawak Ali Puteh gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Sumber : Oh media