Hafidz Roshdi curang? Netizen cakap ‘muka hensem, baik tapi perangai buruk!’
Nama pelakon Hafidz Roshdi kembali hangat pada hari ini apabila tular beberapa hantaran daripada isterinya, Nurul Shuhada mendedahkan suaminya curang di belakanganya.
Susulan daripada pendedahan ibu kepada dua cahaya mata, ramai warganet meluahkan rasa berang dan ‘menyampah’ dengan sikap Hafidz yang seakan ‘berlakon baik’.
Datang dari Facebook…
Sebaik sahaja berita tersebut tular, netizen telah ‘berpusu-pusu’ meninggalkan komen di posting terbaru Hafidz dengan mengatakan bahawa mereka hadir daripada Facebook
Muka hensem, baik tapi perangai….
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kecewa dengan perangai pelakon drama Mr. Donut Karamel dan menyatakan ketidaksangkaan apabila aktor berusia 28 tahun itu sanggup ‘curang’.
Mereka sama sekali tidak menyangka rupa paras Hafidz yang kelihatan baik, selain beperwatakan ‘alim’ sebenarnya meleset!
Dulu kemain nafi…
Apa yang lebih mengecewakan ramai adalah Hafidz pernah menafikan dia berlaku curang dan tujuannya tidak berkongsi gambar isteri adalah kerana ‘khas’ untuk tatapan diri sendiri sebagai seorang suami sahaja.
Sumber mengatakan penyondol tu…
Tidak kurang juga ada yang mengatakan penyondol rumah tangga Hafidz dan isterinya adalah individu berkenaan yang bermula dengan huruf A. Namun, hasil carian mendapati pengguna Instagram tersebut gagal dijejaki
Sekadar info, Hafidz yang juga bekas peserta Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 30 April 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.