Pelawak Ali Puteh dalam temu bual bersama Melodi mempersoalkan motif Nurul Hidayah datang ke rumah arwah Abam dan merakam video seolah-olah kehadirannya tak diendahkan pihaknya.
Kata Ali, jika Hidayah mahu melihat rumah selepas 3 tahun ditinggalkan, dia mengalu-alukan kehadirannya namun janganlah merakam video sehingga mengundang persepsi negatif netizen.
Ali Puteh tanya apa motif Hidayah rakam video viralkan
ali puteh rumah abam
Senang je kalau kata niat macam mana soalan tadi, datanglah. Kita pun tak pernah halang. Nak kata rumah tu rumah kita pun bukan, nak kata rumah kau pun bukan. Benda tu kan dalam urusan faraid.
Seperti sebelum ini, Ali menegaskan dia tak tinggal di situ. Dia dan adik beradik hanya menjaga rumah tersebut semasa arwah ibunya masih ada.
Mengenai tuntutan saman pula, Ali mengakui ada menerima surat daripada peguam Nurul Hidayah dan dia ada berbincang dengan peguamnya untuk selesaikan bayaran. Butiran perbincangan itu tak boleh didedahkan kepada umum.
Jangan risau, jawapan saya senang. Saya akan bayar. Jangan hebah-hebah konon tak bayar apa semua.
Namun pembayaran dibuat mengikut kemampuannya sama ada secara ‘lumpsum’ atau ansuran. Setakat ini tak ada pembayaran dibuat lagi.
Ditanya sama ada mereka akan berbaik, Ali berkata dia menentukan semuanya kepada Allah SWT. Dia sedaya upaya mencuba ke arah itu dan berharap keluarga dapat jadi juri untuk selesaikan.
Kredit: TikTok