“Sampai ki4mat tk habis…. masa khwin jumpa keluarga baik, tpi bila jadi gini…” – Ali Puteh.


“Sampai ki4mat tk habis…. masa khwin jumpa keluarga baik, tpi bila jadi gini…” – Ali Puteh.

Kemelut berkenaan harta peninggalan pelawak terkenal, Allahyarham Abam Bocey antara adiknya, Ali Puteh dan balu arwah, Siti Norhidayah Mohd Ali seakan belum ada kesudahannya.

Menerusi siaran Melodi pada Ahad 19 Februari 2023, Ali telah membuat kenyataan menjelaskan bagi pihak dirinya yang dari awal dikecam netizen susulan tularnya video Hidayah menyatakan tidak diendahkan sewaktu datang ke kediaman arwah suami.

Video yang dikongsi buat orang pandang negatif

Menurut Ali, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hidayah andai dia datang tanpa membuat sebarang rakaman.

Ujarnya, cara kakak iparnya itu membuatkan dia dihentam hebat netizen di media sosial kerana seolah-olah menggambarkan dirinya dan keluarga yang jahat.

“Pihak sana datang ke rumah, dakwa tak ada orang buka pintu, tak bagi masuk. Apa motif untuk kau berbuat begitu? Kau sebarkan video tu, siap minta viralkan video itu.

“Niat mereka datang ke rumah itu, wallahualam. Ada komen netizen kata dia datang untuk tengok rumah dia. Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk. Kita tak pernah larang pun siapa-siapa yang nak datang ke situ.” katanya.

Jiran2 yang komen tu sila tunjuk bukti

Mengulas berkenaan dakwaan jiran tetangga yang mengatakan terlihat dia di rumah tersebut, Ali dengan tegas meminta supaya mereka tampil membuktikan kesahihan komen-komen yang tular itu.

“Ada juga terbaca komen itu. Kalau betul jiran yang kata nampak saya dan keluarga di situ, tampil ke depan. Tak payah panggil media, buat video dan jumpa saya di sini.

“Awak ingat fake akaun (FB) Tuhan tak nampak? Tuhan nampak. Kalau betul saya ada di situ, buktikan.”

“Kalau kata niat dia macam mana soalan itu tadi, datanglah. Kenapa nak halang? Nak kata itu rumah kita pun bukan, rumah engkau pun bukan, benda itu kan masih dalam urusan faraid. Siapa yang nak datang tu, datanglah.

“Tapi persoalannya, video awak itu menimbul persepsi pada orang lain yang mengatakan kita ini jahat.” katanya lagi.

Hal saman masih berbincang dengan peguam

Ditanya benarkan Hidayah datang bersama peguam ketika itu untuk menuntut bayaran saman berjumlah RM60,000, Ali mengatakan yang semuanya telah diserahkan kepada peguam dan enggan menceritakan lebih lanjut perkara tersebut kerana menganggap ia terlalu privasi.

“Benda ini saya serahkan kepada peguam dan saya minta nasihat daripada peguam macam mana nak uruskan dan selesaikan. Tetapi perkara itu saya tak boleh dedahkan di sini.

“Tapi awak jangan risau, jawapannya senang.. saya akan bayar dan bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara lumpsum atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga” jelasnya.

Ali yang pernah menjuarai Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Puteh sedar disebabkan kontroversi ini, netizen mulai membencinya namun dia percaya dengan rezeki andai masih ada pihak yang ingin memberikannya kerja dalam industri seni.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengatakan yang dia memang ingin menamatkan semua ini dan menyelesaikan masalah yang sudah lama berlarutan.

Dia berharap sangat masalah yang terjadi ini dapat diselesaikan secara kekeluargaan dan bukan menjadikan masyakat juri dalam hal ini.

Sumber: YouTube Melodi TV3, OMM