Terkejut Mawar Karim Bila Dapat Tahu Fizo Omar Terasa. Ini Komen Mawar Tentang Itu


Terkejut Mawar Karim Bila Dapat Tahu Fizo Omar Terasa. Ini Komen Mawar Tentang Itu

USAHAWAN Mawar Karim sekali lagi menegaskan dakwaan dia sudah kembali bergelar isteri adalah tidak benar namun mengakui sedang dalam fasa mengenali hati budi seseorang.

Tidak akan berselindung sekiranya ada khabar gembira, Mawar, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak selesa berkongsi soal peribadi di media sosial memandangkan bukan golongan selebriti.

“Saya ada keluarga saya. Saya tinggal dengan ibu dan sedang bahagia bersama keluarga.

Mawar akan kongsi berita apabila sudah berkahwin.

“Status saya masih single dan sedang mengenali seseorang… kalau nak kahwin saya akan cakap. Benda baik saya akan ceritakan.

“Cumanya kisah peribadi memang saya kurang kongsi di media sosial sebab saya bukan artis. Saya lebih banyak cerita fasal perniagaan,” katanya kepada mStar.

Mawar menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media produk V Ultimate yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pada majlis tersebut turut memperkenalkan Mawar sebagai duta bagi rangkaian rawatan kecantikan jenama berkenaan.

Sebelum ini menerusi temu bual bersama program Melodi, bekas suami Mawar iaitu aktor Fizo Omar meminta usahawan itu tidak lagi mengungkit kisah lama mereka ketika bergelar suami isteri.

Dalam kenyataan sama, Fizo berharap kedua-dua pihak memberi fokus kepada kebahagiaan pasangan masing-masing yang seolah-olah memberi gambaran Mawar sudah kembali berumah tangga.

Sementara itu, menjawab kononnya dia sengaja memburukkan Fizo menerusi balasan komen netizen di media sosial sebelum ini, Mawar menjelaskan kenyataan tersebut bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.

Kata Mawar, dia sendiri terkejut apabila Fizo terasa dengan kenyataan tersebut kerana selepas mereka bercerai dia pernah berkawan dengan beberapa orang dan ia mungkin ditujukan kepada mereka.

“Saya hanya jawab satu fake akaun yang menyerang saya di media sosial. Dia masuk ‘rumah’ saya, jadi saya jawablah. Saya balas secara umum tanpa menujukkan kenyataan itu kepada sesiapa namun agak terkejut apabila ada pihak yang terasa.

553

Sering dikecam, Mawar enggan ambil pusing komen negatif di media sosial.

“Saya bukan sengaja nak ‘meletup’ di media sosial sebab lepas cerai saya ada berkawan dengan beberapa orang, agak pelik sebab dia terasa,” jelasnya.

Menerusi hantaran di Instastory Mawar mengakui kehidupannya kini lebih bahagia dan memberi gambaran seolah-olah dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika masih berstatus isteri orang.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun kata-kata tersebut seakan-akan ditujukan kepada individu yang pernah bertakhta dalam hatinya.

Untuk rekod Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Pasangan itu bercerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Sumber : MSTAR ONLINE