[Video] Tenang ‘live’ sambil pandang isteri, isu curang Hafidz Roshdi sekadar ‘prank’?

Susulan dakwaan berlaku curang, tindakan pelakon Hafidz Roshdi membuat siaran langsung di aplikasi TikTok malam tadi menarik lebih 10,000 penonton bagi mengetahui kesahihan mengenai perkara tersebut daripada mulutnya.

Namun malangnya, Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tanpa memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya ‘melayan’ beberapa soalan rawak netizen.

Malah, seorang individu menggunakan akaun @hannana70 mendakwa kontroversi itu mungkin sekadar ‘prank’ atau gurauan kerana Hafidz dilihat tenang dan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kita kena ‘prank’ ke?
@hannana70 Kita kena prank ke ni geng? 😂🤣 papepun doakan yang baik2 je lah okey. #hafidzroshdi #curangsatupilihan #setia #hatihati ♬ original sound – Hanna Dahlia
 

Anggap je la kita kena ‘scam’
@hannana70 Dah la jom balik geng kita anggap ja kita kena scam ya. Apa pun kita doakan yang baik2. Semoga yang baik sahaja buat hafidz roshdi dan keluarganya. #hafidzroshdi #setiafarm ♬ original sound – Hanna Dahlia

Ini kerana tangkap layar siaran langsung berkenaan seperti kedengaran suara wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri selain anak-anaknya yang sedang bermain.

Difahamkan, terdapat juga individu meminta untuk melihat isterinya dalam siaran langsung tersebut tetapi pelakon berusia 29 tahun itu mengatakan ‘isteri saya tak pakai tudung, tak boleh’.

Ni semua ‘marketing’?
@hannana70 Ni semua marketing je gais. Hafidz rosdhi nak open beg kuning jeeeee geng. Jangan risau lah. Hafidz roshdi tetap lelaki setia yang berparas rupa yang kita sangka selama ni tak kan pernah curang inshaallah geng kita doakan ya. #hafidzroshdi #setia ♬ original sound – Hanna Dahlia
 

Walau bagaimanapun, dakwaan pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu bermain kayu tiga masih menjadi tanda tanya walaupun isterinya didakwa telah memberi bayangan bahawa rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.

Luahan isterinya atau akaun palsu?


Untuk rekod, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Sumber: TikTok @hannana70