“Terima kasih utk 87 tahun ini….” – Kehilangan insan tersayang pagi ini, Abby Abadi ada katakan sesuatu.



“Terima kasih utk 87 tahun ini….” – Kehilangan insan tersayang pagi ini, Abby Abadi ada katakan sesuatu.


Pelakon Abby Abadi memaklumkan bapanya, Abdul Manan meninggal dunia pada usia 87 tahun ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan dipercayai pagi tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan bekas anggota kumpulan Elite itu menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen, Abby meluahkan kata-kata penghargaan dengan mengakui bahawa Allahyarham merupakan bapa yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anak.

“Terima kasih Allah untuk 87 tahun ini. Saya bersaksi bahawa ayah ini menjaga saya dengan baik & menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada anak-anaknya.

“Banyak sifat baik ayah, tapi yang dapat dekat saya ialah ayah suka bersedekah, walaupun tak banyak mana, tapi ayah suka berbelanja untuk memberi pada org lain.

 

“Memang ada yang kurang sebab ayah anak ramai.. tapi untuk bahagian saya, saya merasa cukup. Terima kasih ayah. Sungguh adik rindu,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihadapi oleh arwah bapanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur selepas waktu Zohor tadi.

Terdahulu, media melaporkan ibu Abby iaitu Hasnah Abu meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan pada Oktober tahun lalu.

Sumber: Instagram Abby Abadi, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.